Cara membuat keju

Posted by uminati fatul chusnah on Saturday, March 17, 2012

Bahan- bahan diperlukan.
1. Cawan susu segar
2. 4 sudu teh cuka makan(bukan cuka getah ye) atau jus lemon.
3. Garam
Cara-cara membuatnya:
1. Masak susu dalam periuk dan sentiasa kacau sehingga mendidih. Pastikan sentiasa dikacau bagi mengelakkan susu hangus.
2. Tutup api apabila susu sudah mendidih tapi biarkan periuk atas dapur.
3. Masukkan 4 sudu cuka dalam susu dan kacau, susu akan bertukar menjadi dadih dan meninggalkan air dipanggil whey(aku tak tau apa dipanggil dalam bm)
4. Kacau rata dan biarkan selama 5-10 minit di atas dapur.
5. Letakkan penapis(penapis santan pun boleh) atas besen. Letakkan kain bersih atas penapis santan. Tuang dadih dalam periuk ke atas kain untuk memisahkan daripada air.
6. Tekan keju untuk memaksa air keluar dari keju.
7. Tambah sedikit garam dan tekan lagi bagi menghilangkan lembapan.
8. Masukkan dalam bekas atau biarkan sahaja dalam bentuk bebola.
9. Masukkan dalam peti sejuk. Selepas itu bolehlah dimakan seperti biasa

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Chusnah Visitor

free counters

Yang Udah Berkunjung